Its Me

Its Me

Monday, September 20, 2010

Sebentuk Cincin Emas

2007, aku tengah mengajar menjadi guru sandaran ketika itu..pengalaman yang amat indah bagi ku.melihat kerenah murid2ku yang kiut.."Selamat tengah Hari Cikgu""terima Kasih Cikgu"..itulah kata penghargaan bagi ku.Pada awal bulan Jun,keputusan kemasukan pelajar U diumumkan..aku antara salah satu pelajar yang terpilih tapi 1st Intake aku terpaksa abaikan kerana masalah BESAR yang aku akan ingat sehingga aku mati.aku terpaksa tolak tawaran tersebut.Cikgu merupakan cita-cita ku,tapi aku terpaksa lupakan segalanya.Petang Jumaat aku terdengar sebentuk cincin perkahwinan terpaksa digadaikan untuk membiayai pendidikan ku.Tapi terima kasih adikku kerana memberitahu ku lebih awal mengenai cincin tersebut.Aku dan kazenku menebus semula cincin tersebut kerana bagiku ia lebih penting bagi hidup seseorang yang aku cintai..IBU..engkau telah banyak berkorban demi ku..Tanpa mu,aku tak akan berada di menara gading seperti ini.akan ku tunaikan janji ku pada mu...disebabkan inilah, mengapa pengorbanan ibu amat penting dan lebih dari harga sebentuk cincin emas..Semasa aku lahir, aku mendapat penyakit philomena, ibulah menjaga ku sehingga tertidur di kerusi panjang hospital.Tanpa ibu,aku tak akan dapat ketawa bersama kawan2 ku di dunia ini.Tanpa ibu, aku tak akan dapat menempuh segala kehidupan ku semasa aku dapat mengetahui aku menghadapi blood disease.Pertama kali aku mendengar kata doktor yang kehidupan ini hanya berpanjangan selama setahun,hanya keajaiban yang indah dapat memanjangkan jangka hayat ini.Kerana doa ibu,aku mendapat keajaiban itu.aku boleh menghabiskan masa belajar ku sehingga kini walaupun aku tahu ia hanya sementar.Maafkan aku kawan2 ku, ia hanya lah rahsia.Seandainya, terbaca buatlah seperti biasa,anggap ia hanya bohongan semata-mata.Ibu seperti kawanku juga.Tiada pengganti kepada pengorbanan mu.You Let me Know.

No comments:

Post a Comment